Thursday, July 28, 2011

Spesis Harimau Malaya Paling Comel Ditemui

KUALA LUMPUR – Dengan kehangatan perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin terasa, ramai yang sudah tidak senang duduk.

Bagi penyokong setia yang sempat membeli tiket pastinya sudah berada di lokasi perlawanan ketika ini.
Bagi yang tidak sempat atau tidak berminat ke stadium, pasti perhatian kini terarah kepada jam menantikan waktu perlawanan bermula.

Matlamat semua rakyat Malaysia malam ini hanya satu, mahu melihat pasukan Singapura atau pasukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (sebab terlalu ramai pemain luar yang diberikan kerakyatan).
Semua memberikan doa yang satu iaitu kejayaan untuk Harimau Malaya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sempat mengeluarkan satu kenyataan khas pembakar semangat untuk pertemuan malam ini.

Jarang pemimpin-pemimpin tertinggi hendak keluar kenyataan khas sebelum perlawanan….ini memperlihatkan tahap demam bola sepak yang sedang melanda negara ketika ini…sudah mencapai tahap demam panas.

Pihak lain pun tidak ketinggalan memberikan semangat kepada pasukan negara dengan gaya dan cara tersendiri…

Antara yang paling menarik ialah oleh artis terkenal…Lisa Surihani yang memberikan posing istimewa untuk pasukan Harimau Malaya.

Gambar ini kami pinjam (Jangan marah Cik Lisa) daripada Facebook Lisa.

Tanpa perlu fikir dua kali, kami nobatkan Lisa sebagai spesis harimau Malaya paling comel.
Spesis jenis ini mungkin sudah hampir pupus…tapi yang tinggal memang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Singa seberang tambak pun cair kalau jumpa harimau macam ni….

Sumber : mynewshub

1 comment:

  1. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete