Skuad bawah 19 tahun negara, Harimau Muda B akan beraksi dalam saingan Piala Singapura 2011 yang akan berlangsung pada 6 jun depan.
Kejohanan kalah mati itu membabitkan 11 pasukan Liga Singapura serta lima pasukan jemputan iaitu Harimau Muda B (Malaysia) , Pattaya FC (Thailand) , Okkthar United (Myanmar) , Phnom Penh Crown (Kemboja) dan South Melbourne (Australia).
Bagi saingan pusingan pertama , Skuad Harimau Muda B bimbingan Ismail Ibrahim bakal berdepan dengan Hougang United yang dikendalikan oleh bekas kapten Singapura, Aide Iskandar.
Andai berjaya menyingkirkan Hougang United yang kini menduduki tangga ketujuh Liga Singapura,Skuad Harimau Muda B bakal berdepan sama ada Pattaya FC atau Okkthar United pada suku akhir.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) , Datuk Azzudin Ahmad berkata, Penyertaan Harimau Muda B itu sebagai langkah awal sebelum Skuad Bawah 22 Tahun Negara, Harimau Muda A menyertai Liga Singapura musim depan.
"Untuk saingan Piala Singapura ini, ia merupakan suatu kejohanan kalah mati dan Skuad Harimau Muda B akan turun menentang Hougang United dinegara Republik itu.
"Hanya untuk tahun depan barulah Skuad Harimau Muda A akan beraksi sepanjang musim untuk saingan Liga Singapura," Katanya.
Difahamkan, Skuad bawah 21 tahun Singapura , Young Lions akan beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia musim depan sebagai pertukaran tersebut.
Dalam pada itu, Skuad Harimau Muda B kini menduduki tangga ke-10 dalam saingan Liga Premier selepas melalui 18 perlawanan dengan mencatatkan 5 kemenangan, 5 seri dan 8 kali tewas.
Skuad Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee tidak dapat menyertai Piala Singapura 2011 kerana bakal menghadapi pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon pada 19 dan 23 jun depan.
No comments:
Post a Comment