Harimau Muda A beraksi di Slovakia tahun Lepas 
Selepas squad Harimau Muda A (Olympic Malaysia) tewas 0-1 ditangan  Chelsea, Pada esok hari Harimau Muda A berlepas ke Zlaté Moravce,  Slovakia sebagai persiapan  untuk kumpulan Kelayakan Asia Olimpik  2012. Latihan lima minggu ini akan berakhir dengan kembalinya mereka  pada Ogos 28, 2011.
Empat pemain terbaru (Yang bukan dari Harimau Muda A) disenarai buat  kali pertama iaitu: Azrul Azmi (Felda United), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala  Lumpur), Izuan Solahuddin (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul  Hisham (Selangor PKNS).
Tujuh pemain skuad Olimpik yang kini bersama squad kebangsaan untuk  bertemu Singapura ditepikan dari latihan di Slovakia. mereka adalah  Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA), Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad,  Fadhli Shas, K. Gurusamy,  Izzaq Faris Ramlan (Harimau  Muda A) dan  Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan FA).
Tujuh perlawanan persahabatan diaturkan di Slovakia melibatkan enam  pertemuan dengan pasukan Liga Divisyen Satu Slovakia dan satu bertemu  pasukan olimpik eropah.
Harimau Muda A bertemu FK Bodva Moldava nad Bodvou di perlawanan   pertama Harimau Muda. Harimau Muda berjaya menang tipis dengan  keputusan 1-0 dijaringkan oleh Wan Zack Haikal di minit 47.’
Jadual Perlawanan:
- Julai 26, 2011: Harimau Muda 1-0 FK Bodva Moldava nad Bodvou Penjaring: Wan Zack Haikal 47′
- Julai 30, 2011: Harimau Muda vs MFK Topvar Topo??any
- Ogos 2, 2011: Harimau Muda vs Tatran Liptovský Mikuláš
- Ogos 9, 2011: Harimau Muda vs Budapest Honved FC
- Ogos 16, 2011: Harimau Muda vs MFK Dolný Kubín
- Ogos 23, 2011: Harimau Muda vs FC Nitra
- Ogos 26, 2011: Harimau Muda vs FC Levice
Skuad 23 pemain: 
- Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee
- Penjaga Gol: Zamer Selamat, Izham Tarmizi Roslan, K. Sasikumar;
- Pertahanan: Zubir Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin, Fandi Othman, Affizie Faisal Mamat, Azrul Azmi, Syazwan Tajuddin, Nazmi Faiz Mansor;
- Tengah: Ferris Danial Mat Nasir, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Faizal Abu Bakar, Abdul Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham;
- Penyerang: Irfan Fazail, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Izuan Solahuddin.
~ KREDIT DAN SUMBER DARI MALAYSIAFOOTBALLDIMOS ~
 
