Sunday, July 24, 2011

Uruguay Bersedia Rangkul Kejuaraan ke 15

Uruguay bersedia untuk merangkul kejuaraan ke-15 dalam kejohanan Copa America sekali gus dapat mengatasi kejuaraan yang dipegang oleh tuan rumah, Argentina sebanyak 14 kali. 

Uruguay akan bertemu Paraguay awal pagi esok pada perlawanan akhir di Stadium Monumental. Uruguay yang berjaya menyingkirkan tuan rumah, Argentina menerusi sepakan penalti pada suku akhir berkeyakinan mereka mampu menjulang Piala Copa kali ini. “Saya fikir kami berdepan saat hebat. Selepas kempen panjang pada kelayakan Piala Dunia, pusingan akhir dan Copa America pastinya bagus jika menjulang piala ini,” kata pemain tengah Egidio Arevalo Rios. 

“Usaha yang kami lakukan menentang Argentina adalah bagus tapi bagi perlawanan ini ia patut berganda.” Uruguay mendapat tempat keempat dalam Piala Dunia 2010 namun terpaksa berdepan dengan Paraguay yang terkenal dengan taktik bertahan. 

Paraguay berjaya melangkah ke final selepas lima keputusan seri merupakan sesuatu yang jarang berlaku dan gandingan serangan Uruguay antara Luis Suarez dan Diego Forlan merupakan ujian sebenar buat Paraguay yang turut berjaya menyingkirkan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti.

No comments:

Post a Comment