Tuesday, July 26, 2011

Biodata Dan Perjalanan Safee Sali Dalam Sukan Bola Sepak

Mohd Safee Mohd Sali yang muncul sebagai wira pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan antara Malaysia dan Liverpool petang ini dengan dua jaringan gol memulakan kerjaya dalam bidang bola sepak pada umur 19 tahun bersama Melaka TMFC.
Selepas bersama kelab pertamanya itu, beliau yang lahir pada 29 Januari 1984 juga pernah bermain untuk Kuala Lumpur FA, Sarawak FA, Selangor FA selain menyarung jersi pasukan Harimau Malaya dan Kelab Pelita Jaya, Indonesia dalam posisi penyerang.
Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Digemari di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama, menurut wikipedia.org.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai susur galur Safee atau nama penuhnya, Mohd Safee Mohd Sali dalam bola sepak selama lebih lapan tahun :
Melaka TMFC
Safee memulakan kerjayanya pada umur 19 dengan bermain untuk Melaka TMFC selepas beliau menghadiri dan menjayakan satu ujian bersama pasukan. Safee telah menjadi pemain penyerang utama bagi Melaka TMFC hanya di dalam 5 perlawanan. Selepas hanya bermain beberapa bulan dengan Melaka TMFC, Safee menyertai Kuala Lumpur FA selepas beliau telah dikesan oleh jurulatih Kuala Lumpur, Igor Novak. Safee mempunyai 12 kaps dan 5 gol dengan Melaka TMFC.
Kuala Lumpur FA
Safee telah dibawa ke Kuala Lumpur oleh Igor Novak. Igor telah mengesan bakat Safee dan membawanya ke Kuala Lumpur. Beliau telah menjaringkan hat tricknya yang pertama di dalam satu perlawanan Liga Premier Malaysia II menentang Perak TKN, yang berakhir dengan membelasah 6-2. Beliau telah menjaringkan 11 gol di dalam musim pertamanya untuk menjadi penjaring gol kedua terbanyak di belakang Azman Adnan.[2] Semasa musim 2004, beliau hanya berupaya untukk menjaringkan 2 gol liga. Di dalam musim terakhirnya dengan Kuala Lumpur, beliau telah menjaringkan 7 gol liga, 3 gol di dalam Piala FA Malaysia, 2005 membawa Kuala Lumpur FA ke separuh akhir, dan 1 gol di dalam Piala Malaysia 2005.
Sarawak FA
Kemudian, beliau menyertai Sarawak FA lalu menjadi penjaring gol tempatan teratas dengan 10 gol. Prestasinya menarik perhatian peminat bola dan jurulatih kebangsaan. Kebolehannya menjaringkan gol dibandingkan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari.
Selangor FA
Safee menyertai Selangor FA untuk musim 2006/07, lalu diserahkan jersi nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pasukan kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Bersama Selangor, Safee membantu pasukannya mencapai pusingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Bagaimanapun, Selangor tewas kepada Kedah FA di kedua-duanya dengan mata sama 3-2.
Dalam Piala Sultan Selangor 200, Safee menjaringkan gol yang mengagumkan terhadap pasukan pilihan Singapura.
Perlawanan terakhir Safee dengan Selangor adalah seri 1-1 menentang Kuala Lumpur FA sebelum pemergiannya ke Karawang, Indonesia untuk menyertai Pelita Jaya.
Pelita Jaya FC
Pada 5 Februari 2011, secara rasminya Safee berpindah ke pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 dan gajinya sebanyak USD10,000 atau RM 30,360. Safeen menandatangani kontrak 1 tahun dengan Pelita Jaya. Ini menjadikan beliau seorang pemain bola sepak Malaysia pertama yang beraksi di Liga Super Indonesia.
Pada mulanya Safee telah diberi jersi nombor 10, Tetapi disebabkan masalah pendaftaran, sebaliknya beliau telah memilih nombor 55. Safee telah membuat penampilan tidak rasmi menentang kelab amatur, Ragunan FC di dalam kemenangan 6-0, yang mana Safee telah menjaringkan dua gol dan menolong dua kali. Safee telah menjadikan kemunculannya di dalam Liga menentang Sriwijaya FC yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di mana Safee telah menjaringkan satu gol memberikan Pelita Jaya kemenangan yang pertama di dalam 5 perlawanan serta diundi pemain terbaik perlawanan.
Pasukan Pemuda
Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004. Beliau beraksi di semua perlawanan tetapi kebanyakannya adalah sebagai pemain ganti. Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia Under-23 di Pra-Sukan Asia Tenggara 2005 di Thailand di bawah jurulatih Bertalan Bicskei. Beliau hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Filipina Bawah-23. Sayangnya, beliau tidak menyertai skuad Sukan SEA 2005 yang menggondol pingat gangsa. Selepas Sukan SEa, Safee diberi peluang oleh jurulatih Norizan Bakar untuk menyertai pasukan Bawah-23 untuk Sukan Asia 2006, tetapi beliau tidak berjaya lagi.
Setelah prestasi yang hambar dari pasukan Bawah 23 kebangsaan, Safee dipilih sebagai penyerang utama oleh jurulatih B. Sathianathan. Bersama dengan rakan seperjuangan, Mohd Aquan Adha Abdul Radzak, mereka berjaya menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir, di samping beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak dengan 4 gol. Kemudian, beliau dipilih untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2007. Safee mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini tetapi pasukan Bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.
Pada tahun 2008, Safee dipilih sebagai penyerang utama di Piala Intercontinental Malaysia 2008, di mana beliau berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukan Malaysia yang kecundang 1-3 kepada Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq dan seri 1-1 dengan Nigeria. Perlawanan menentang Nigeria ini merupakan kali terakhir Safee beraksi dalam pasukan bawah 23 kebangsaan.
Pasukan Senior
Setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama Sarawak di Liga Perdana Malaysia, Safee berjaya menganggotai pasukan kebangsaan, lalu diberikan perlawanan senior pertama menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Kemudian, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan keduanya menentang New Zealand lagi.
Safee kemudiannya menganggotai pasukan bola sepak kebangsaan yang bersedia untuk Piala Asia AFC 2007. Beliau membuat penampilan pertamanya di Piala Asia pada perlawanan kumpulan ketiga menentang Iran yang mana Malaysia kalah 0-3.
Safee juga menyertai skuad Malaysia XI menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Sungguhpun beliau mempamerkan aksi yang mengagumkan, namun pasukan Malaysia XI tumpas 0-2.[7] Walau apapun, jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari memuji kesungguhan Malaysia XI melawan pasukan anak latihnya.
Dalam Pesta Bola Merdeka 2008, Safee sekali lagi melakukan jaringan yang hebat dalam perlawanan menentang Nepal. Beliau menjadi penjaring tertinggi di kejohanan ini dengan 5 gol biarpun Malaysia kalah dalam sepakan penalti 6-5 menentang Vietnam di pusingan akhir.
Pada November 2010, Safee disertakan dalam pasukan negara oleh jurulatih, K. Rajagopal untuk Piala Suzuki AFF 2010. Safee menjaringkan dua gol ke aras Vietnam untuk menjamin kemenangan 2-0 di pusingan pertama separuh akhir. Safee sekali lagi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia. Dalam pusingan kedua akhir, Safee merembatkan satu lagi gol untuk menjadi penjaring terbesar kejohanan dengan jumlah 5 gol. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat julung kali dalam sejarah.

1 comment:

  1. What you can bet at a casino - Dr.MCD
    With a strong understanding of sports betting, 거제 출장안마 it is vital to remember that betting 안산 출장마사지 is not just about betting 구리 출장안마 but also about the quality 정읍 출장안마 of 강원도 출장마사지 the

    ReplyDelete