Tuesday, June 21, 2011

Park Ji Sung Sedia Tinggalkan Man Utd?

Bintang Korea Selatan mengakui beliau hanya mempunyai satu atau dua musim lagi bersama Man Utd dan meletakkan Sepanyol sebagai tempat penghijrahan beliau.

Pemain tengah Manchester United, Park Ji-Sung percaya beliau tidak lagi mendapat tempat di Old Trafford dan percaya Sepanyol merupakan destinasi terbaiknya dengan Sevilla dan Atletico Madrid menjadi pilihan.

Pemain berusia 30 tahun ini akan menamatkan kontrak bersama United tahun depan dan berharap tawaran dibuat pada musim panas ini bagi menamatkan kariernya pada tahap yang lebih cemerlang.

Atletico merupakan kelab yang dikaitkan selepas mereka dijangka mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan kerana Sergio Aguero dan David de Gea dipercayai akan dijual.

“Saya tidak mampu beraksi pada tahap terbaik satu atau dua tahun lagi. Saya tidak tahu berapa lama saya akan kekal di Old Trafford,” katanya.

“Berdasarkan laporan, saya mungkin akan meninggalkan United dan menamatkan karier saya dengan pasukan lain.”

Sumber

1 comment:

  1. big game player walaupun masa final vs barca agak tenggelam..harap stay 1-2 season lg

    ReplyDelete