Thursday, May 26, 2011

Sneijder Kekal Bersama Inter Milan


Wesley Sneijder yang kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United musim depan menjelaskan bahawa beliau akan kekal bersama Inter Milan untuk musim depan.

Bekas pemain Real Madrid dan Ajax Amsterdam itu menjawab soalan yang ditanyakan oleh media dengan berkata beliau akan berada disini musim depan.

Sir Alex Ferguson dikatakan sudah lama meminati Sneijder ekoran pengalaman luas yang ada pada pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim lepas itu. Ferguson yang kini mencari pengganti kepada Paul Scholes menjadikan Sneijder sasaran utama mereka.

Turut dikaitkan dengan United adalah pemain tengah Tottenham, Luka Modric. Sneijder dikatakan bernilai hampir 35 Juta Pound.


No comments:

Post a Comment