Wednesday, May 11, 2011

Rooney Lebih Hebat Berbanding Messi?

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memuji bintang Barcelona, Lionel Messi tetapi beliau lebih suka memilih Wayne Rooney di dalam pasukannya jika diberi pilihan.

Messi telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia untuk dua tahun berturut - turut dan berpeluang untuk mencatat hatrik sekiranya berjaya mengekalkan rentak 52 gol dalam 51 perlawanan musim ini.

Rekod Rooney di Manchester United tidak boleh dibandingkan dengan hanya 14 gol dalam 35 perlawanan tetapi Ancelotti percaya pemain kebangsaan England ini lebih dari serorang pemain biasa.

"Setiap orang melihat kepada Messi tetapi saya memilih Rooney," katanya. "Messi bukan pemain dari dunia ini dan beliau boleh menyamai reputasi Maradona. Tetapi Rooney lebih kepada bolasepak sebenar. Beliau meletakkan bakatnya kepada seluruh pasukan dan ini membuktikan perbezaan antara pemain dan pemain yang hebat."

No comments:

Post a Comment