Tuesday, May 17, 2011

Enrique Kekal Bersama Newcastle


Bek tepi Newcastle, Jose Enrique telah menolak dakwaan dia sedang berbincang berkaitan kemungkinan berpindah ke Liverpool.

Pemain dari Sepanyol itu, yang dibeli dari Villareal pada 2007, dilaporkan menangguh bersetuju tentang tawaran lanjutan kontraknya, yang akan tamat pada musim panas 2012.

Liverpool dipercayai mahu mendapatkan khidmatnya dengan Reds dalam pasaran mencari pemain tepi untuk memberi umpanan kepada penyerang tengah tinggi lampai, Andy Carroll.

Carroll dan Enrique bergabung dengan baik semasa beraksi bersama di Magpies, namun bek kiri itu telah menolak dia sedang berbincang untuk berpindah ke Anfield.

"Liverpool ialah sebuah kelab besar namun saya bukan sedang berbincang dengan mereka buat masa ini, saya tenang di Newcastle," katanya kepada media Sepanyol.

"Impian saya ialah beraksi untuk pasukan kebangsaan Sepanyol dan saya rasa saya ada peluang itu.

"Saya telah meningkat sebagai pemain bola sepak sejak tiba di England. Liga Perdana lebih kompetitif dari La Liga dan saya tak terima sebarang tawaran untuk pulang ke Sepanyol."

No comments:

Post a Comment