Thursday, May 26, 2011

Bola Sepak Sukan Sea Mungkin Akan Dimansuhkan



Acara bola sepak untuk Sukan Sea Palembang 2011 akhir tahun ni mungkin akan dimansuhkan jika persatuan yang bertanggungjawab untuk acara itu di Palembang, PSSI gagal mencapai kata sepakat dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sebelum ini persatuan tersebut diberi amaran oleh FIFA supaya menyelesaikan segera konflik pengurusan dalaman PSSI namun persatuan itu hingga kini masih gagal menyelesaikan masalah tersebut hingga membawa kepada ancaman di gantung dari menyertai sebarang acara bola sepak Antarabangsa yang diiktiraf FIFA termasuklah acara Sukan Sea.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah berkata kepada pemberita, mereka akan berusaha memastikan acara ini dilangsungkan bagi mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang dilakar dua tahun lepas di Laos.

“Sekiranya FIFA mengantung PSSI, cadangan Malaysia akan dibincangkan pada mesyuarat majlis Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 17 Julai depan. Sekiranya FIFA memutuskan untuk mengantung PSSI, maka kita perlu mengkaji secara terperinci dan mungkin mengadakan satu pertandingan berasingan….kita tidak boleh salahkan penganjur sukan tersebut. Kalau diizinkan, kita boleh buat satu acara lain di mana hos terdiri daripada negara-negara jiran untuk mengekalkan semangat setiakawan pada acara Sukan SEA itu,” tegas Tengku Abdullah kepada pemberita Selasa lepas.

FIFA akan membuat kata putus mengenai masa depan PSSI dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya di Zurich, Switzerland pada 30 Mei ini.

No comments:

Post a Comment