Tuesday, May 31, 2011

Berbatov Mahu Tinggalkan Man Utd

Dimitar Berbatov dijangka akan meninggalkan Manchester United selepas tidak disenarikan dalam skuad semasa perlawanan akhir Liga Juara - Juara Eropah menentang Barcelona.

Berbatov merupakan penjaring terbanyak liga musim ini tetapi dilihat kedudukan beliau terganggu dengan Wayne Rooney dan Javier Hernandez. Feguson membuat kejutan dengan menyenarikan Michael Owen dalam simpanan sekali gus menafikan tempat Berbatov ketika United tewas 1-3 di tangan Barcelona.

"Beliau telah menjaringkan banyak gol dan saya mahu beliau kekal di Manchester United," kata Nani. "Saya tidak tahu siapa yang akan datang dan yang paling penting ialah sesorang yang bermain untuk kami."

Berbatov turut dilihat meraikan kejayaan United menjaurai liga di atas bas. Selain itu, terdapat laporan yang memaklumkan Berbatov akan kembali ke Totenham untuk ditukarkan dengan Luka Modric.

1 comment: