Saturday, April 2, 2011

Wayne Rooney Jaring Gol Hat Trick

Wayne Rooney menjaringkan hat trick pertama dalam 14 bulan, membantu Manchester United meraih kemeangan mengalahkan West Ham 4-2.

Dua tendangan penalti diambil leh Mark Noble dan telah membawa West Ham mendahului 2-0 pada minit ke 25 di Upton Park. Rooney menjaringkan gol pada minit ke 65 dan membuat kedudukan menjadi 2-2 lapan minit selepas itu.

Rooney membawa Manchester Untied mendahului buat kali pertama pada minit ke 79 menerusi tendangan penalti. Javier Hernandez kemudian menambah lagi gol.

United mempunyai 66 mata dengan baki tujuh perlawanan.

No comments:

Post a Comment