Friday, April 1, 2011

Inikah Cara Kenny Awasi Carroll

Bos Liverpool Kenny Dalglish keluar bersama Andy Carrol untuk menonton konsert BoyZone.

Penyanyi Utama, Ronan Keating menawarkan mereka berua tiket untuk menyaksikan persembahan kumpulanya di Echo Arena.

Mungkin inilah peluang untuk Dalglish memantau secara dekat aktiviti pemainya yang bernilai EUR35 juta itu dan mengawal reputasi liar yang di terimanya ketika bersama Newcastle.

Pemain berusia 22 tahu itu mengakui dia kadang-kala menikmati bir ktika tiba di Anfield, namun bahagian sains sukan kelab itu telah memberi amaran kepadanya tetang bahaya alkohol dan kesan negatif terhadap prestasi permainan.

Tiada satu pun tin bir dilihat mereka berdua menyaksikankumpulan Ireland itu mendendangkan lagu-lagu hit mereka.

No comments:

Post a Comment