Friday, April 22, 2011

Aquilani Masih Kekal di Anfiled?


Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menyatakan Alberto Aquilani bakal menjadi pemain yang bernilai untuk skuadnya musim depan.

Aquilani yang dipinjamkan ke Juventus musim ini dijangka akan menandatangani kontrak tetap bersama kelab Itali itu tetapi Juventus dilihat mahu mengurangkan jumlah £13juta yang dijanjikan ketika pinjaman sekiranya ingin membawa pemain dari Itali itu kekal.

Bagaimanapun Dalglish memaklumkan yang beliau gembira sekiranya pemain tengah itu kembali ke Anfield musim depan.

"Apabila orang berbincang mengenai musim depan, saya terkejut kerana mereka tidak sebutkan mengenai Alberto," kata Dalglish. "Setiap orang dilihat lupa mengenainya."

"Saya tahu beliau telah bermain dengan sangat baik di Juventus musim ini. Setelah pinjamannya tamat, beliau akan kembali sebagai pemain Liverpool. Beliau akan menjadi aset yang bernilai untuk Liverpool musim depan."

No comments:

Post a Comment