Tuesday, March 29, 2011

Wenger dan Nasri Terima Denda UEFA

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan midfielder Arsenal Samir Nasri kedua - duanya digantung oleh UEFA daripada perlawanan Arsenal seterusnya dalam saingan Eropah.

Kedua - duanya bersalah kerana telah mengkritik pengadil, Massimo Busacca dengan kata-kata kesat   berikutan kekalahan Arsenal di tangan Barcelona dalam saingan Liga Juara - Juara Eropah.

Wenger dan Nasri marah dengan keputusan pengadil perlawanan ketika dia melayangkan kad kuning kedua kepada Robin van Persie ketika Arsenal sedang mendahului mengikut kiraan agregat.

Arsenal menyifatkan keputusan tersebut menjadi punca kepada kekalahan mereka ditangan Barcelona kali kedua berturut - turut dalam saingan Liga Juara - Juara Eropah.

Selain itu, mereka turut didenda EUR10,000 akibat tindakan tersebut. Arsenal memutuskan untuk tidak membuat rayuan kepada UEFA berhubung penggantungan tersebut.

No comments:

Post a Comment