Thursday, March 31, 2011

Silva Tinggalkan Valencia Kerana Hutang Kelab

Midfielder Manchester City David Silva berkata dia meninggalkan Valencia musim panas lepas kerana hendak menolong status kewangan kelab itu.

Silva meninggalkan Mestalla dengan yuran perpindahan bernilai  €27 juta bersama penyerang David Villa yang dijual kepada Barcelona dengan yuran €40 juta, kerana hendak membayar hutang yang bernilai €550 juta.

"Kenapa saya meninggalkan Valencia? Ini kerana kelab itu mahukan nya. Saya gembira disana dan saya tidak mahu berpindah".

Silva kehilangan tempat kesebelasan utama pasukan ebangsaan semasa Spain memenangi Piala Dunia 2010 tetapi dia gembira menjadi salah seorang pemain Sepanyol.




No comments:

Post a Comment