Friday, March 25, 2011

Ramos Diburu Kelab Inggeris

Agen Sergio Ramos mengesahkan beberapa kelab Inggeris mahu mendatangani klienya musim panas ini ketika perbincangan berkaitan kontrak baru pemai iru tergendala

Bek Real Madrid, Ramos yang menyertai kelab pada tahun 2005 dengan yuran EUR23juta dari sevilla telah mengumpul 73 cap buat pasukan kebangsaan Sepanyol dan baru berumur 24 tahun.

Rene Ramos, agen Sergio Ramos yang juga abangnya mengesahkan kliennya sedang berbincang dengan Real Madrid berkaitan kontrak baru jangka panjang tetapi tiada sebarang persetujuan setakat ini

Walaupun perbincangan seterusnya telah dirancang, bek itu telah menarik minat dari luar Sepanyol, trutama England.

Manchester United, Chelsea dan AC Milan sebelum ini telah dikaitkan dengan pemenang Piala Dunia itu tetapi Rene tidak menamakan sebarang kelab tertentu.

Dia berkata "Beberapa kelab besar di England dan Itali berminat dengan Sergio. Kami harap dapat bertemu dengan kelab Real dalam beberpa bulan akan datang dan menganalisa masa depan Sergio".

No comments:

Post a Comment