Saturday, March 26, 2011

Kontroversi Iringi Langkah England ke Cardiff

LONDON: England bertandang ke Stadium Millennium untuk perlawanan penting kelayakan Euro 2012 bertemu Wales di Cardiff malam ini tetapi diselubungi kontroversi pelantikan semula kaptennya, John Terry.

Pengurus Fabio Capello sedar hanya kemenangan mampu meredakan kekecohan dan memulihkan kredibilitinya selepas pengurus berbangsa Itali itu mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemain sendiri ketika mengumumkan pelantikan semua Terry sebagai ketua pasukan selepas dilucutkan kerana salah laku setahun lalu.
Ketinggalan kepada Montenegro dengan tiga mata, England tidak punya banyak ruang kesilapan selepas keputusan seri 0-0 ketika menentang pendahulu Kumpulan G itu di Wembley, Oktober lalu dan kekalahan kepada pasukan tangga terbawah Wales, pasti mengundang kecaman hebat.
Umum mengetahui se­­ba­­hagian besar pemain England menyokong tindakan mengembalikan lilitan kapten kepada Terry tetapi ada juga laporan menyebut, segelintir pemain tidak berpuas hati terhadap layanan kepada Rio Ferdinand - watak popular di bilik persalinan England yang hanya mengetahui lilitan le­­ngannya bertukar tangan menerusi laporan akhbar.

Capello, yang hanya setahun lalu menegaskan Terry tidak akan kembali menjadi kapten England sepanjang bergelar pe­­ngurus, berkata dia terpaksa mengubah fikiran selepas melihat tugas kapten bertukar tangan beberapa kali ketika perlawanan persahabatan menentang Denmark bulan lalu.

“Menentang Wales adalah perlawanan sukar. Suasana dan segala-galanya menakjubkan dan kita perlukan seorang kapten yang memiliki personaliti besar dan juga pemimpin. Apabila John bermain tanpa lilitan lengan, dia sentiasa beraksi seperti seorang ketua. Dia juga personaliti besar di bilik persalinan.” - AFP

- BH -

No comments:

Post a Comment