Sunday, March 27, 2011

Harimau Malaya Perlu Banyak Lawan Untuk Jadi Gergasi Asia

 
K Rajagobal menyifatkan perlawanan persahabatan pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap merupakan teknik terbaik bagi memastikan skuad kebangsaan mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia dalam tempoh empat tahun lagi.

Beliau berkata, kekerapan perlawanan akan memastikan barisan skuad kebangsaan berada pada tahap memuaskan untuk menghadapi saingan utama dan keserasian yang lebih tinggi.

“Memang saya akui perlu ada lebih kerap aksi persahabatan kerana saya hanya dapat mengumpul pemain dalam tempoh singkat memandangkan semua pemain terikat dengan pasukan negeri dan kelab,” katanya.

“Saya tidak pentingkan keputusan sebaliknya mahu melihat disiplin dan komitmen pemain apabila beraksi di padang malah saya dapat kesan ada kelemahan yang perlu diperbaiki."

No comments:

Post a Comment