Tuesday, March 29, 2011

Feguson Gembira Valencia Pulih.

Bos Manchester United Sir Alex Ferguson telah memuji Antonio Valencia selepas kebali ke skuad utama dan percaya pemain sayap itu kembali akan membawa impak besar untuk kelab untuk beberapa bulan akan datang.

Valencia, 25, telah terlepas kebanyakan perlawanan pada musim ini selepas dirinya dilanda kecederaan di pergelangan kakinya semasa perlawan menentang Rangers  di Liga Juara - Juara pada bulan September lepas.

Tetapi pemain kebangsaan Ecuador ini telah kembali untuk beraksi di Piala FA, menang menentang Arsenal pada 12 Mac lepas dan juga telah bermain dengan cemerlang apabila dia di bawa masuk dari bangku simpanan menentang Marseille tiga hari sebelum membantu Untid untuk membawa mereka ke Suku Akhir Liga Juara-Juara.

Dan Selepas bermain untuk 90 minit bersama United menentang Bolton dan 75 minit ketika kemenangan 2-0 Ecuador ke atas Colombia pada hari Sabtu, Kepulangan Valencia adalh tepat pada masanya untuk kelabnya.

No comments:

Post a Comment