Thursday, March 31, 2011

Diego Forlan : Saya Gembira di Atletico Madrid

Penyerang Atletico Madrid mengatakan bahawa dia gembira di kelab itu dan berkeras dia hanya akan terima yang tawaran yang terbaik jika mahu ambil dia dari Vincente Calderon.

Forlan, 31, telah dikaitkan dengan perpindahan semasa musim panas lepas. Bekas pemain Man. Utd itu sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan pada bulan tingkap perpindahan dibuka pada bulan January ke Tottenham. Tetapi Forlan tetap kekal di Atletico Madrid. Dia mengatakan bahawa di tiada keinginan untuk keluar dari Atletico Madrid.

Forlan pernah menjadi salah seorang pemain terhangat di La Liga beberapa tahun lepas,pernah menjaringkan 128 gol untuk Primera Division sejak dia sampai ke Villareal pada tahun 2004 selepas gagal untuk menyerlah di Old Trafford. Dia juga pemenang Bola Emas Piala Dunia 2010.

No comments:

Post a Comment