Wednesday, March 23, 2011

David Luiz bagi amaran pada Man Utd


David Luiz memberi amaran kepada Manchester United bahawa Chelsea akan menewaskan mereka sekali gus berpeluang meraih kejuaraan liga dan Liga Juara - Juara.

Luiz sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Chelsea menewaskan Manchester City 2-0 sekali gus mengekalkan saingan lewat musim untuk merebut takhta liga.

Chelsea berehat untuk memberi laluan kepada saingan antarabangsa dengan ketinggalan sembilan mata dibelakang United dengan satu kelebihan perlawanan selain diundi bersama dalam suku akhir Liga Juara - Juara Eropah.

"Kami mahu lakukan segala - galanya musim in," kata Luiz. "Kami mahu kejar United dalam Liga Perdana dan tewaskan mereka dalam Liga Juara - Juara. Kami perlu percaya kami boleh menjuarainya."

Sumber : bolasepak.com

No comments:

Post a Comment