Wednesday, March 23, 2011

Bagagaimana FIFA Mengendalikan Sistem Ranking

Sistem ini diperkenalkan pada 1992. Sistem pungutan mata digunakan dengan mata diberikan melalui keputusan-keputusan perlawanan antarabangsa anjuran FIFA.

Sistem ini telah dirombak sebanyak 2 kali dan yang terakhir selepas Piala Dunia 2006. Pada masa ini, kedudukan pasukan adalah berdasarkan kepada persembahan semasa selama 4 tahun.

Rombakan sistem pada 1999.

Semasa pengenalan sistem sesebuah pasukan akan menerima 1 mata untuk seri atau 3 mata untuk kemenangan. Tetapi pada rombakan sistem semasa 1999 kaedah pemberian mata ditukar dengan menggunakan faktor skala.

Mata Ranking diskalakan dengan faktor 10. Kaedah pengiraan diubah dengan mengambilkira faktor-faktor.

1. Jumlah gol dan bolos.
2. Perlawanan sebagai tuan rumah atau pelawat.
3. Kepentingan perlawanan eg. Persahabatan atau kejohanan.
4. Kekuatan kawasan serantau.

Mata tetap untuk keputusan perlawanan tidak lagi diberikan untuk kemenangan atau seri. Pasukan yang kalah juga boleh mendapatkan mata.

Rombakan sistem pada 2006.

Selepas Piala Dunia 2006 pengiraan faktor telah disingkatkan daripada skala 8 tahun persembahan pasukan kepada 4 tahun. Kaedah pengiraan mudah juga diperkenalkan dan jumlah gol dan status tuan rumah tidak lagi diambil kira. Kaedah pengiraan terkini. Antara faktor-faktor yang diambil kira ialah:

1. Keputusan perlawanan
2. Status perlawanan
3. Kekuatan pihak lawan
4. Kekuatan kawasan serantau

Mata pengiraan adalah bergantung kepada perolehan purata mata keputusan pada setiap tahun selama 4 tahun dengan kelebihan diberi kepada tahun yang terkini.

Keputusan perlawanan.

Status perlawanan.
Kepentingan status perlawanan ditunjukkan dengan gandaan seperti dibawah:

Kekuatan Lawan.
Kemenangan keatas lawan yang lebih kuat akan empengaruhi faktor terbaru FIFA. Formula Yang Digunakan

Gandaan Kekuatan Lawan = (200 – kedudukan ranking) /100

*dengan pengecualian diberi gandaan 2.00 kepada pasukan #1 dan gandaan minima 0.50 untuk pasukan #150 dan ke bawah.

Kekuatan kawasan serantau.

Gandaan digunakan dalam pengiraan adalah purata kekuatan serantau keatas kedua-dua pasukan:

Gandaan Kekuatan Serantau = ((Gandaan Rantau pasukan 1) + (Gandaan Rantau pasukan 2))/2

Penilaian Waktu

Perlawanan selepas 48 bulan akan dimasukan kedalam pengiraan dengan kelebihan gandaan kepada tahun terkini.












No comments:

Post a Comment