Friday, March 25, 2011

Ancelotti sedia kembali ke AC Milan

Carlo Ancelotti menolak dakwaan beliau akan mengambil alih tugas di Inter Milan tetapi tidak menafikan bahawa beliau sedia kembali ke AC Milan.

Ancelotti yang mempunyai rekod sebagai pemain dan pengurus di AC Milan membawa Rossoneri menjuarai Liga Juara - Juara sebelum menyertai Chelsea pada 2009 untuk menjuarai Liga Perdana dan Piala FA.

Tetapi musim ini merupakan laluan yang sukar buat Ancelotti. The Blues masih lagi dalam buruan piala tetapi beliau telah dikaitkan untuk kembali ke Itali.

"Saya akan ke Inter untuk menggantikan Leonardo? Tidak," kata Ancelotti. "Saya telah berada di Milan selama 13 tahun, bagi saya ianya mustahil untuk melupakan perkara yang lepas."

"Moratti ada memikirkan tentang saya? Saya ucapkan terima kasih berkenaan perkara itu tetapi saya orang AC Milan."

No comments:

Post a Comment