Kembali ke Halaman Utama

Wednesday, May 11, 2011

Jadual Perlawanan Piala FA 2011 (Separuh Akhir 1)

Saingan Piala FA yang berhenti lama kerana memberi laluan kepada saingan Liga Super kini bersambung dengan tinggal 4 pasukan yang akan bersaing merebut tempat ke perlawanan akhir. 


Peringkat separuh akhir akan melibatkan 3 pasukan pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Selangor. 2 perlawanan akan diadakan mengikut format timbal-balik pada esok 13 mei dan Isnin, 16 mei. Berikut jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2011::


Jumaat, 13 Mei 2011, 8.45 malam

Selangor vs Kelantan - Stadium Shah Alam
Pahang vs Terengganu - Stadium Darulmakmur

Perlawanan antara Pahang dan Terengganu akan disiar secara langsung oleh Astro Arena bermula jam 8 malam. Apakah ramalan anda???

No comments:

Post a Comment